Apa itu Harta Pusaka?

APA ITU HARTA PUSAKA?

Harta Pusaka ialah segala apa yang ditinggalkan oleh Si Mati sama ada harta yang berbentuk alih atau tak alih. Pembahagian harta pusaka orang Islam di negara ini sebenarnya dibuat berlandaskan kepada hukum syarak, iaitu Hukum Faraid walaupun undang-undang utama yang diguna pakai ialah undang-undang sivil.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). 

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap pada borang yang disediakan oleh pihak kami.

Untuk mengisinya, Sila klik di sini!
 

0 comments: