DEFINISI WASIAT
Sudut bahasa, perkataan wasiat adalah berasal dari 'wassa' yang bererti menjadikan, menjanjikan atau 'wassa fulan' dengan makna menjadikan seseorang sebagai wasi yang menguruskan segala urusan, harta dan anak-anaknya selepas kematiannya. Ia juga memberi erti menyampaikan atau menghubungkan kerana seseorang yang berwasiat, menyambungkan kebaikan dunianya dengan kebaikan akhiratnya. Adapun wasiat dengan harta bererti pemberian atau sumbangan harta selepas mati.
Sudut istilah, wasiat adalah pemberian sesuatu secara sukarela yang disandarkan kepada selepas berlaku kematian atau suatu pemberian harta kepada seseorang yang lain dengan sukarela melalui perkataan wasiat ataupun perkataan lain yang membawa maksud wasiat di mana pemindahan hak milik tersebut berlaku selepas kematian pewasiat.
Ada juga fuqaha' yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.
Sumber : Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, 2008.
Untuk mengisinya, Sila klik di sini!