Biodata

 
Pemilik Firdaus Shope & Resources merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2005. Beliau merupakan pengamal undang-undang sivil sejak tahun 2006 dan memiliki firma guaman sendiri yang terletak di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan. Pemilik juga pengamal undang-undang syariah di Negeri Kelantan dan juga Terengganu.
Terlibat secara langsung dalam menguruskan Pinjaman Perumahan dengan Perbendaharaan Malaysia serta mengadakan  khidmat nasihat serta bengkel kepada kakitangan Kerajaan yang berminat.

Merupakan konsultan hartanah dan menguruskan jual beli tanah atau rumah tanpa melibatkan pihak ketiga.

Segala urusan serta penyediaan dokumen akan diurus sendiri oleh pihak kami.

Pemilik juga terlibat dengan pelbagai seminar kesedaran undang-undang sivil dan kekeluargaan Islam. Aktif dengan aktiviti sosial melalui penganjuran kursus-kursus serta bengkel-bengkel kepada golongan remaja dan belia.

Menulis pelbagai artikel dan buku secara tidak langsung.