Wasiat

DEFINISI WASIAT

Sudut bahasa, perkataan wasiat adalah berasal dari 'wassa' yang bererti menjadikan, menjanjikan atau 'wassa fulan' dengan makna menjadikan seseorang sebagai wasi yang menguruskan segala urusan, harta dan anak-anaknya selepas kematiannya. Ia juga memberi erti menyampaikan atau menghubungkan kerana seseorang yang berwasiat, menyambungkan kebaikan dunianya dengan kebaikan akhiratnya. Adapun wasiat dengan harta bererti pemberian atau sumbangan harta selepas mati.

Sudut istilah, wasiat adalah pemberian sesuatu secara sukarela yang disandarkan kepada selepas berlaku kematian atau suatu pemberian harta kepada seseorang yang lain dengan sukarela melalui perkataan wasiat ataupun perkataan lain yang membawa maksud wasiat di mana pemindahan hak milik tersebut berlaku selepas kematian pewasiat.
Ada juga fuqaha' yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

Sumber : Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, 2008.

Untuk mengisinya, Sila klik di sini!

Apa itu Hadhanah?

APA ITU HADHANAH?

Hak penjagaan anak yang masih kecil, yang tidak boleh menguruskan dirinya selepas ibu bapanya bercerai/berpisah. 

SIAPA YANG BERHAK DAPAT HADHANAH?

Ibu kepada anak kecil.

TEMPOH HADHANAH BAGI IBU?

Hadhanah berterusan sehingga anak kecil tadi mencapai umur mummayiz (dapat membezakan antara baik dan buruk).

SIAPAKAH YANG MENENTUKAN HADHANAH?

Mahkamah Syariah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap pada borang yang disediakan oleh pihak kami.

Untuk mengisinya, Sila klik di sini!