Wasiat

DEFINISI WASIAT

Sudut bahasa, perkataan wasiat adalah berasal dari 'wassa' yang bererti menjadikan, menjanjikan atau 'wassa fulan' dengan makna menjadikan seseorang sebagai wasi yang menguruskan segala urusan, harta dan anak-anaknya selepas kematiannya. Ia juga memberi erti menyampaikan atau menghubungkan kerana seseorang yang berwasiat, menyambungkan kebaikan dunianya dengan kebaikan akhiratnya. Adapun wasiat dengan harta bererti pemberian atau sumbangan harta selepas mati.

Sudut istilah, wasiat adalah pemberian sesuatu secara sukarela yang disandarkan kepada selepas berlaku kematian atau suatu pemberian harta kepada seseorang yang lain dengan sukarela melalui perkataan wasiat ataupun perkataan lain yang membawa maksud wasiat di mana pemindahan hak milik tersebut berlaku selepas kematian pewasiat.
Ada juga fuqaha' yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

Sumber : Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, 2008.

Untuk mengisinya, Sila klik di sini!

Apa itu Hadhanah?

APA ITU HADHANAH?

Hak penjagaan anak yang masih kecil, yang tidak boleh menguruskan dirinya selepas ibu bapanya bercerai/berpisah. 

SIAPA YANG BERHAK DAPAT HADHANAH?

Ibu kepada anak kecil.

TEMPOH HADHANAH BAGI IBU?

Hadhanah berterusan sehingga anak kecil tadi mencapai umur mummayiz (dapat membezakan antara baik dan buruk).

SIAPAKAH YANG MENENTUKAN HADHANAH?

Mahkamah Syariah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap pada borang yang disediakan oleh pihak kami.

Untuk mengisinya, Sila klik di sini!

Apa itu Harta Pusaka?

APA ITU HARTA PUSAKA?

Harta Pusaka ialah segala apa yang ditinggalkan oleh Si Mati sama ada harta yang berbentuk alih atau tak alih. Pembahagian harta pusaka orang Islam di negara ini sebenarnya dibuat berlandaskan kepada hukum syarak, iaitu Hukum Faraid walaupun undang-undang utama yang diguna pakai ialah undang-undang sivil.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). 

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap pada borang yang disediakan oleh pihak kami.

Untuk mengisinya, Sila klik di sini!
 

Khabar baik buat kakitangan Kerajaan

Khabar gembiara buat tatapan semua yang melayari serta membaca blog ini khususnya bagi kakitangan kerajaan sama ada guru, jururawat, pegawai atau penolong pegawai, atau sesiapa sahaja yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. 

Ini suatu berita baik...  

Pihak kami membantu anda serta menguruskan pembiayaan bagi pinjaman dengan Kerajaan Malaysia bagi membeli tanah, membina rumah, membeli rumah yang telah siap, dan lain-lain kepada sesiapa yang berminat.  

Pihak kami mempunyai panel peguam yang boleh membantu saudara/saudari yang benar-benar berminat untuk menguruskan pembiayaan dengan Kerajaan Malaysia atau Perbendaharaan Malaysia tanpa menghabiskan masa untuk mencari peguam di luar sana.  

Ini lagi berita baik...  

Kos serta yuran guaman amatlah berpatutan dan munasabah. 

Apa yang perlu anda lakukan?
Mudah sahaja... anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap pada borang yang disediakan oleh pihak kami.

Untuk mengisinya, Sila klik di sini!